Sunday, March 20, 2011

CH dan orkid part 1

A Rare Beauty, Vanda helvola

seronok! dapat jumpa vanda ni kat OA masa nak turun dari CH. Dah lama mengidam alih2 jumpa yang dah berbunga.. kalau masa tu tak ada bunga confirm kata tu aerides. tapi kalau tilik betul2 daun dia agak besar dan susunnya rapat2.. Menurut pembacaan saya dari internet, vanda ni tak akan tumbuh dengan baik dipermukaan laut, kecuali khusus letak dalam bilik sejuk.. Tak apa, saya akan jaga dengan yang terbaik. Sekarang ni saya cuba shadekan 50%.. Bunga dia agak besar dalam 6.5cm dan it is slightly fragrance, not too strong.



Phal sp,
ni stall yg keberapa tah masa nak turun, terlompat orang rumah nampak ada 1 phal bergantung terus kecek2 harga. Kalau tengok pada spike bunga dia mcm belang2. ada 5 sulur spike dan 1 sudah rosak panas dlm kereta. daun dia agak panjang rasa2nya 1.5ft kot. kalau perati betul2 kat daun tu dah ada tulis ngan marker harganya.. susah nak runding harga sebab "ada spike". Tapi semua tu mestilah ada caranya hehehe. nanti kita tunggu dia kembang

selamat sampai ke rumah

Bulbophyllum lasianthum
yang ni dapat beli cutting je dari sorang kakak ala2 collector masa nak turun hari tu. Sempat juga melayan perasaan dan "pertua" yang sangat berguna darinya.. lupa nak snap gambar bulbo "bunga wangi" ni kat rumah dia.. geram tengok ubi ngan daun yang besar dan sihat, tu yang buat tak berganjak dan terus membodek.. akhirnya dapat la 3 ubi. harap dia seronok dapat "natural air fertilizer" kluar dari tingkap tu

grammatophyllum speciosum @ Tiger orkid
Tiger ni adalah sebatang dua beli masa nak turun tu.. pokok dia dah agak besor sampaikan bila baringkan dalam bonet kereta tu nak kena hati2 takut daun patah.. apa yang paling menariknya macam dah ada spike.. harap2 dia berjaya kembang

paphiopedilum sp @ orkid selipar

NOID, Epigeneium zebrinum
Ubi mcm bulbo, tapi entahla tak reti nak taep



bersambung dengan bulbophyllum cameronense dan sedikit hoya..

4 comments:

  1. Pokok Bulbo sp. tu dikenali sebagai Epigeneium zebrinum. 80% shade

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ada tahu sesiapa yg nak jual Epigenium zebrinum ni? Jika ada tolong inboxkan dlm blog saya. Perhatian dan kerjasama saudara amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Wasalam,
    ok. Kalau ada Insya'allah Orchid de dangau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget