Friday, January 28, 2011

Sempatkah??

Malam ni balik kampung kat 'beijing' beraya maybe seminggu.. Orkid ada yang tengah spiking. kebanyakan nya bunga sulung dan saya belom pernah melihat lagi. persoalan nya.. Masih sempatkah utk aku menatapi dan menghayatinya? perghhh ayat. pada mulanya saya menyangka yang ni jenis pomatocalpa sebab daun dia lebih keras compare tu aerides. tapi nak kata pomatocalpa daun dia panjang macam aerides.. nak compare dengan yang lain2 tak dapek.. tu jer ilmu yang baru ada hehehe, sorry gambar kurang memuaskan


yang ni rasanya aerides.. rasanya balik dari 'beijing' sempat kot tgk yang ni. Insya'Allah


dendrobium lamellatum ni tersangatlah rajin berbunga, sampaikan kehadirannya dah jadi 'terbiasa'. lalu pon jeling dan kadang2 je menyinggah. takde ke jenis ni kembangnya serentak?



Bulbo NOID

Masa spiking hari tu saya ingatkan yang ni bulbo vaginatum.. tapi dari hari ke hari perati keluar mcm kipas plak. ni pon tatau dah kembang penuh atau tidak. 4 gambar tu semua lain2 waktu atau masa.. kalau perati betul2, adakah proses mengembang tengah berlaku? atau posisi je lain2 hehehe. kalaulah susunan petalnya agak tersusun mestilah lagi cun. Tapi takpelah, asal ko dah tunjuk rupa dah cukup terima kasih. Sifu2 bantulah utk IDnya.




 
Yang ni dah hampir sebulan kembang tapi tertinggal bas lupa nak upload sebelom ni.. apakah ini?


"selamat pulang bercuti, Pandu cermat jiwa selamat'




Wednesday, January 26, 2011

rojak

saya tatau nak enterframe gambar mana dulu. sebab masa snap tu sampai kena ambik 5,6keping nak pastikan betul2 clear gambar tu.. maklom lah kamera henpon cap ayam. asal singgah je rasa nak bergambar, asal bergambar je rasa nak dapatkan 'kepuasan' walau kekadang tu blah mcm tu jek sebab dah bosan tapi gambar masih x clear. tu yang terbawak dari petang ambik gambar.. malam tu sambung balik kot2 lagi cun.
dendro secundum ni masa 1st post rasmi pecah tanah hari tu rasanya yang tu mak dia.. ni anak dia plak posing sebab agak kemetot skit hehehe.. tapi Alhamdulillah, muda2 lagi dah bagi 1 waris.

tgk la waris tuh, bape tahun lagi la nak tunggu cane matang, pastuh daun luruh pastu kalau ada rezki dia spiking, pastu ada waris lagi?


yang ni versi night gardener, kalau dah kembang penuh mesti lagi cun ngan kaler striking oren pink tuh

mcm dah malas tapi bila pk kan tajuk atas tu rojak nak kena tambah skit lagi la perisa, masa beli ni di tagging sebagai Brassavola Little Stars, jenis ni walau sekali kluar 2,3 kuntum tapi lepas maghrib je mula lah dia mengeluarkan aroma baunya yang tersangat wangi. nak classify kan mcm mana pun tatau.. sengaja letak dekat2 tingkap supaya angin tiup bau sampai kedalam.. bila dah tak bunga letak jauh2..hehehe  


bulbo NOID ni tersangatlah 'RARE RI RUK' . biarlah dia dengan 'ke RARE an' nya utk tempoh yang tak berapa lama lagi sebelom 'selamat'




Monday, January 24, 2011

Bulbophyllum

Bulbophyllum pustulatum

Bulbo ni dikatakan kembangnya cuma 3,4jam sahaja dipagi hari, selepas tu tutup balik? yang tutup tu la tak pernah tgk lagi sebab ni baru 1st time berjaya kembang dengan sempurna ditangan saya.. sebelom ni pon daun je yang banyak meluruh.. selepas saya letak nya di kawasan yang agak redup barulah nampak stabil balik. pembesarannya teramatlah slow..

ni diambil petang semalam..

 ni diambil pagi2 hari sebelom gi opis
Bulbophyllum vaginatum
tak perasan vaginatum ni kluarkan 1 munge, lokasinya agak terselindung melayut tinggi 8ft saya mount kat tiang konkrit tuh. cepat2 ambik tangga sebab nak merasa bau aroma 'lemon' nya.

Bulbophyllum hirtulum

sudi2kanlah utk ID kan nya.. TQ


 

Liparis lacerata

Nampak macam lagi tradisional plak bila Liparis ni bertenggek in situ kat batang buluh. Saya nak perati tgk betul ke dalam 1 artikel tu kata "Hampir keseluruhan Jambatan Sinchuan, iaitu sebuah jambatan gantung di China, diperbuat daripada buluh. Jambatan ini masih digunakan lagi selepas 1000 tahun", maybe yang ni dah diawet kaw2 nyer. itu pun kalau panjang umur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...