Saturday, April 30, 2011

bulbophyllum biflorum

1st time kembang kat rumah.. kurang pasti waktu mana paling kemuncak dia kembang. selepas 2,3 hari datang balik bunganya sudah kecut. nasib baik sempat berposing sebab kalau nak capture malam.. bunganya tak kembang sepenuhnya.. sejuk kot







Monday, April 25, 2011

Friday, April 22, 2011

Fish Egg Disease @ Fungal Root Rot

Semalam baru perasan liparis lacerata ni dijangkiti penyakit kulat, 'telur ikan selar kuning'. sebelom ni dah nampak pokok mcm kekuningan dan pada masa tu dok ingat terlebih cahaya, bila perasan 1 persatu ubi meluruh barulah saya 'suspek' ada yang tak kena. saya baru try usik 3,4 ubi.. semua nya rapuh dan jatuh, tapi tak sampai hati nak terima hakikat 1 clump yang seksi tu musnah sekelip mata. huhu





cara merawat sila rujuk blog sifu khairi, http://tangansejuk.blogspot.com/2010/04/penyakit-bahaya-untuk-orkid.html


MORAL: kulat pilih yang seksi2

Sunday, April 17, 2011

Coelogyne tomentosa?

Bunga dia kembang dalam 3,4 minggu selepas keluar spike dan tahan lebih kurang seminggu lebih.. saya pun kurang pasti ID nya.. kepada yang mengetahui, sila lah ID kan dan terima kasih







Friday, April 15, 2011

Grammatophyllum, Gergasi sudah kembali

Grammatophyllum

Tiger ni spike dia kena ikat ngan tali sebab asyik nak lompat keluar pagar, 1 pun jadilah sebab dia baru dlm proses perpindahan ke tempat baru




Penumbuk model X ni kecik sikit dari penumbuk mike taisen,
.

Coelogyne xyrekes?

Sp ni ingatkan saya dengan 'bunga malu'.. ini kerana kedudukan bunganya yang terlalu menunduk kebawah (boleh jadi sebab bunga dia agak besar, overload) dan tangkainya sangatlah lembut TETAPI, puas belek, tolak tepi, tegakkan, boleh kata sangat kuat juga tangkainya. Bunganya tahan agak lama kembang dalam 2-3minggu. Bunga dia akan keluar di tengah pertumbuhan yang baru, selepas itu daun akan kembang dan membesar..




Wednesday, April 6, 2011

Bulbophyllum cameronense

Seringkali terbaca komen tentang jenis ni amat susah nak berbunga di kawasan rendah, bukannya dia jenis pemalu nak berbunga.. dah memang habitat asalnya dikawasan tanah tinggi, malah galak dan sakan berbunga kalau ditempat asalnya.. kalau dah suka punya pasal.. mana nak ambik kisah tentang komen2 tu, jadikan cabaran adalah.. dengan sedikit pembacaan, pengetahuan, Insya'Allah boleh dan ambe pun masih baru dalam proses nak mencuba. Sekurang kurangnya % sp ni meninggal free tu kurang..

SITUASI: kereta berhenti tepi jalan, sorang makcik ni singgah dan dari perbualannya:
makcik: dulu2 pernah beli dah jenis ni tapi semua mati buruk, makcik suka bunga dia masa beli tu wangi macam  bunga melur.
matanggerik: tanam mcm mana?
makcik: tanam dalam pasu dan ubi dia timbus dengan tanah, tinggal daun je kat atas

masih kat atas lagi,



yang kat bawah ni daun dia agak kecil dan montel berbangding dengan pokok diatas yang mana daun nya agak panjang dan besar.. mungkin faktor kedudukan dan cahaya yang diterima, agaknye la. masa beli pun tak berbunga dan masih mengharapkan kelainan pada bunganya kot2 ada rezeki nak berbunga. Alhamdulillah, mungkin saki baki dari musimnya campur dengan stress, dia kluar 2 spike selepas 4,5 hari berada dibawah, dan mengambil masa selama 3minggu dari keluar spike seterusnya kembang pagi tadi.







mungkinkah ini yang terakhir??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...