Thursday, March 31, 2011

Dendrobium lamellatum rentung!

Saya lebih senang panggil dia "cik lamel hangus". Dulu2 pun tertarik sebab kaler batang dia yg coklat tu yang bawak balik masuk reban jadikan anak angkat tuh. nak kata hangus kena jemur tidak jugak sebab dari dulu memang macam tu. Apa pun sangat rajin berbunga



Wednesday, March 30, 2011

Dendrobium lindleyi

rasanya awal bulan hari tu saya ada post pokok ni (mengeluh sebab tak berbunga).. Alhamdulillah.. saya rasa proses dia kluar spike dan kembang tidak begitu lama dalam 3,4minggu pastu bunganya kembang.. kira dok perati hari2.. semalam baru dia kembang. Masa saya beli pokok ni ngan sorang pakcik ni masa kat kampung.. dia kata seumur dia bela pokok ni tak pernah lagi tgk dia berbunga (Alhamdulillah), tapi dia tau bunganya kaler kuning cantik... pokok ni dulu2 dia bawa masuk dari thailand dan katanya mmg ori dari hutan sana.. sebab tu lah saya membijak kan diri bagi ID Dendrobium lindleyi... mungkin masa kat rumahnya tempat tu agak teduh.. dan kat reban saya tu, saya jemur dalam 90% cahaya.

pagi semalam

malam tadi


pagi tadi


Monday, March 28, 2011

Vanda scandens

dah lama saya peram post ni, takde pic yang sesuai guna camera henpon cap ayam ni.. rajin betul jenis ni berbunga.. kalau tak silap bulan january hari tu dah berbunga.. mungkin dah musim dia skrg ni atau jenis free flowering.. bunganya pun tahan agak lama dalam sebulan lebih.. sekarang pun tengah kembang nak masuk 3minggu dah.. wangi tapi tak sekuat dendro anosmum. saya gantung dia paling tinggi bawah reban orkid tu dan duduk paling tepi kira kena matahari pagi sampai pukul 11 -12..nak kaji lebih jauh sebab baru je jadi ahli kat reban saya tuh... mai dari BJ tuh hehehe





Saturday, March 26, 2011

Eria pulchella

Pada saya yang masih baru merangkak dalam membela makhluk sp ni... sp eria ni antara yang boleh dikata mudah dijumpai, mampu dimiliki, boleh kata mudahlah untuk dijaga.. tetapi susah untuk diramal nak berbunga dan dah keluar bud 3,4 kali tetapi kering jatuh kebumi. Kalau yang jenis 'rare rere ruk' tu toksah cerita la sebab tu bukan level saya lagi.
Alhamdulillah berjaya juga kembang walau sekuntum.... Selepas saya alihkan ketempat yang agak redup dan bagi kelembapan yang agak tinggi dengan original moss @ lumut baru lah dia nampak segar @ tidak kekeringan. Sebelom tu saya mount kat kayu dengan jarak 3ft dari netting 2lapis yang 50% tuh.. agaknya bahang panas masih terasa tu yang susah nak kembang. panjang cerita sebab dari bulan 10 tahun lepas dok muncul bud baru tapi kering macam tu je..






Friday, March 25, 2011

Dendrobium cinereum

kepada yang mengetahui ID nya.. mohon ID kan , terima kasih

Dendrobium cinereum, TQ pada sifu khairi dan kak esah yang bagi ID



yang saya tau jenis ni luruh daun semua baru kluar bunga, pokok kecik sikit dari Dendrobium lampongense.. nak kena jenguk dendro lebih sekarang sebab rasanya ni musim dia menonjol.. kena yang bunga halus mengayat tuh.. lama je dongak perati satu persatu





Dendrobium anosmum

kali ni saya agak berpuas hati sebab bunga dia agak montel2. pokok ni dah mmg dari kecik kat kayu teras besar tu.. rasanya mcm dah tak alih untuk gantung dah.. cuma kurangnya bila rendah, nak menghayati tu agak susah sebab bunganya lagi sedap dipandang bila kita dongak ke atas.. wanginya tak perlu dicerita.. dari malam tadi asyik menyapa bila berada kat luar rumah.. kadang2 angin menolak masuk dalam rumah bersama bauan pokok bunga kesidang @ kerak nasi. saya agak masa gambar diambil pagi tadi kira baru2 nak kembang. dah habis skill senggeng kiri kanan nak snap pic sebab pokok berada paras pinggang sahaja.. kalau ambik dari atas agak kurang menarik.
Ada 2 cane yg keluar munge, 1 cane agak pemalu 2kuntum dan 1 cane lagi boleh tahan ada 18kuntum.. siap kira tuh...

gambar ni saya snap malam tadi.. belom kembang abis atau mmg malam bunganya tidur,



yang saya snap pagi tadi.. memang cukup wangi!













Monday, March 21, 2011

Pengubat.. Dendrobium lampongense

Dendrobium lampongense

ini je yang sempat tengok dan hayati.. 4 kuntuman yang lain dah jatuh ke bumi.. bila fikir positif, baik 1 dari banyak2.. kalau dah banyak sangat jadi kurang value nak menilik dengan lebih teliti hehehe




dendrobium anosmun season soon!

Laman rumah bakal wangi lagi.. Insya'Allah hujung minggu ni akan kembang kalau takde aral.. sebab kedudukan yang rendah sandar kat dinding tiang rumah boleh menarik perhatian puteri2 kat rumah tu.. Sebelum ni dah ada 'penggetus bunga misteri'. siap kira ada 18kuntum

yang ni agak malu2, dua pon jadi lah

Sunday, March 20, 2011

CH dan orkid part 1

A Rare Beauty, Vanda helvola

seronok! dapat jumpa vanda ni kat OA masa nak turun dari CH. Dah lama mengidam alih2 jumpa yang dah berbunga.. kalau masa tu tak ada bunga confirm kata tu aerides. tapi kalau tilik betul2 daun dia agak besar dan susunnya rapat2.. Menurut pembacaan saya dari internet, vanda ni tak akan tumbuh dengan baik dipermukaan laut, kecuali khusus letak dalam bilik sejuk.. Tak apa, saya akan jaga dengan yang terbaik. Sekarang ni saya cuba shadekan 50%.. Bunga dia agak besar dalam 6.5cm dan it is slightly fragrance, not too strong.



Phal sp,
ni stall yg keberapa tah masa nak turun, terlompat orang rumah nampak ada 1 phal bergantung terus kecek2 harga. Kalau tengok pada spike bunga dia mcm belang2. ada 5 sulur spike dan 1 sudah rosak panas dlm kereta. daun dia agak panjang rasa2nya 1.5ft kot. kalau perati betul2 kat daun tu dah ada tulis ngan marker harganya.. susah nak runding harga sebab "ada spike". Tapi semua tu mestilah ada caranya hehehe. nanti kita tunggu dia kembang

selamat sampai ke rumah

Bulbophyllum lasianthum
yang ni dapat beli cutting je dari sorang kakak ala2 collector masa nak turun hari tu. Sempat juga melayan perasaan dan "pertua" yang sangat berguna darinya.. lupa nak snap gambar bulbo "bunga wangi" ni kat rumah dia.. geram tengok ubi ngan daun yang besar dan sihat, tu yang buat tak berganjak dan terus membodek.. akhirnya dapat la 3 ubi. harap dia seronok dapat "natural air fertilizer" kluar dari tingkap tu

grammatophyllum speciosum @ Tiger orkid
Tiger ni adalah sebatang dua beli masa nak turun tu.. pokok dia dah agak besor sampaikan bila baringkan dalam bonet kereta tu nak kena hati2 takut daun patah.. apa yang paling menariknya macam dah ada spike.. harap2 dia berjaya kembang

paphiopedilum sp @ orkid selipar

NOID, Epigeneium zebrinum
Ubi mcm bulbo, tapi entahla tak reti nak taep



bersambung dengan bulbophyllum cameronense dan sedikit hoya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget